Recent Posts

Salam,

Semalam mengayuh bersama-sama Hasan and the gang ke Bukit Dinding,Wangsa Maju around 5pm.At the same time, aku terserempak bersama seorang member bernama Abg Kenny semasa mendaki Bukit tersebut.Jika anda tidak tahu dimana Bukit Dinding,click link orange dia atas.Atau rujuk kepada gambar ini.


Inilah gambar contoh daripada Google Maps.Dan terima kasih kepada Abg Hasan utk sketch trail Bukit Dinding ini.Mmg seronok berada di atas bersama-sama.



Masa tu, aku dan Bro Kenny sampai kat atas manakala Hasan dan lain2 dah turun semula ke CP1 untuk membuat loop kedua.Gambar diatas ini diambil oleh Bro Kenny.Terima kasih bro!



Akhirnya selepas 10 minit, Hasan sampai di atas manakala yang lain pula sampai 2 minit selepas Hasan.Kita bergambar sekejap, deflate tayar dan minum air sebelum turun di trail Bukit Dinding yang begitu menyeronokkan.
Setelah selesai kayuhan tersebut(tiada gambar trail.Nnt saya uploadkan later),kita lepak kat warung berdekatan AU3.Pada masa yang sama juga hujan turun dengan lebatnya.Aku akan panjat Bukit Dinding ini setiap hari sehingga masuk ke Universiti.

Posted by Izzuddin Helmi Saturday, January 22, 2011

0 comments

Post a Comment