Salam semua, hari ini kita telah mengembara semula Kemensah Dam Trail.bersama-sama geng DUKECT ,ET Riders dan lain2.
Semua rider yang join sampai di tempat letak kereta di Shell MRR2 pada pukul 8:30~9am.Aku pada mulanya sampai pada pukul 7:15pg sambil buat warmup session sebelum diorang sampai.Bike set-up,lepas tu masuk Kem Jinbara.Terserempak dgn geng yang memasuki Sofea Jane trail.
Fuh lawa basikal Abang Golok ni.Giant Anthem dgn SID.Betapa ringannya kalau nak dibandingkan dengan basikal Cannondale F3 aku yang hardtail.Takpelah.Terima kasih Abang Golok kerana bagi pinjam utk test. :)
Akhirnya, kami sampai di trail pasir sebelum downhill.Dalam gambar ni, anda boleh nampak Abg Hafiz Shah ,
Abg Shahid, Abang Mazuan dan Abang Reza.
Di hadapan, Anda boleh nampak geng2 Giant.Abg Dzul, Abg Reza dan Abg Golok.Diorang bertiga yang memakai Giant Full sus dalam group kami.Abg Dzul dan Abg Golok sama2 memakai Anthem manakala Abg Reza pula mengguna Trance.Gambar di atas ialah di point turun downhill.
Memecut dengan laju di Bamboo trail :)
Pro rider dalam DUKECT.Dan juga sifu aku. :) Terima kasih Abang Hasan.
Bukti yang kita berada di trail Bamboo ini.Terima Kasih Abg Hasan untuk gambar ini!
Turun dengan laju dan penuh excitement.Kepada anda yang tidak pernah lagi mencuba trail Kemensah ini,saya suggest baik cuba trail ini kerana ia merupakan trail yang begitu menyeronokkan.Terima kasih Abang Mazuan untuk gambar ini! :)
Bergambar di Bukit Bendera Kemensah sebelum pulang.























