Recent Posts

Salam kepada rakan-rakan dan pembaca.Hari ini merupakan hari yang begitu menarik sekali.Iaitu kayuhan Santai Yellow Ride anjuran TM sempena penamatan Le Tour De Langkawi 2011. Aku bangun seawal jam 5 pagi just semata-mata untuk warmup.Hari yang indah dan begitu ceria untuk aku memulakan kayuhan.Terima kasih kepada kedua ibu bapaku yang merestui permintaan aku untuk mengambil bahagian dalam kayuhan ini.
Aku ride dgn Abg HasanKak ZirahAbg HafizAbg KennyCik Da dan Abang Moza.Kami start kayuh dari Mamak Ayong,Ampang ke Dataran Merdeka yang memakan masa 15 minit ke destinasi.


























Gambar diambil oleh Abg Kenny.Pagi yang indah untuk ride. :)

























Kita sudah ada T-Shirt Yellow Ride 2011.Anda bagaimana?Dan kita ready untuk kayuh :)


































Cik Da posing dengan t-shirt Yellow Ride 2011.

























Photographer tambahan kita, Abang Kenny yang berada di atas podium.Tahniah bro!Walaupun tak menang apa2.haha!


































Good start of the day.Yeyahhh!

























Crew LTDL: Cik, tahu tak kenapa kita interview cik ni?
Cik Da: Tak.Kenapa?
Crew LTDL: Sebab cik merupakan salah seorang perempuan cun kat line depan ni.hehe
Abg Moza: Haha, feymes Cik Da ni nanti.hahaha. XD


























Aku maintain 5th place sampai habis.Cantekk! At 1st dapat 1st.tapi polis kat depan ni marah aku sebab ini bukan official race.ape la. -.-


























Hasan: Korang nak tau, kalau aku menang cabutan bertuah ni nanti, aku janji akan bawak korang kayuh 5 lap kat Bukit Dinding setiap hari.Amacam?Nak tak?


























Best group ride ever.Terima kasih korang :)


































Abg Hasan atas Peak Bike.


































Diikuti dengan Cik Da.

































Then Abang Hafiz.lepas tu..


























aku! :D

Semua lepas dan fit.Cik Da merupakan satu-satunya female rider yang naik Peak Bike ini dan lepas tanpa mengulanginya.Tahniah Cik Da!


























Port VIP sendiri.Siapa cepat dia dapat.


























Andrea Guardini memenangi tempat 1st. Manakala Anuar Manan mendapat 3rd.Gambar ini bersama-sama rider LeTua iaitu Abg Razif Salleh.Keep up the good work. :) Kita tidak berpeluang untuk bergambar bersama Anuar Manan disebabkan terlalu ramai kru broadcast.Tetapi,Abang Moza mmg untung kerana..


























dapat bergambar bersama dia.Tahniah bro Moza! Dan Abang Anuar Manan, kami sentiasa menyokong anda!Teruskan berusaha!

Last sekali..Bergambar bersama basikal idaman























Terima Kasih kepada Abang Hafiz Shah kerana memberi peluang bergambar bersama basikal ini.Hehe..Mmg dah kena racun.Shioott.. D:

Posted by Izzuddin Helmi Tuesday, February 1, 2011 0 comments READ FULL POST

Salam semua, hari ini kita telah mengembara semula Kemensah Dam Trail.bersama-sama geng DUKECT ,ET Riders dan lain2.
























 Semua rider yang join sampai di tempat letak kereta di Shell MRR2 pada pukul 8:30~9am.Aku pada mulanya sampai pada pukul 7:15pg sambil buat warmup session sebelum diorang sampai.Bike set-up,lepas tu masuk Kem Jinbara.Terserempak dgn geng yang memasuki Sofea Jane trail.

























Fuh lawa basikal Abang Golok ni.Giant Anthem dgn SID.Betapa ringannya kalau nak dibandingkan dengan basikal Cannondale F3 aku yang hardtail.Takpelah.Terima kasih Abang Golok kerana bagi pinjam utk test. :)


























Akhirnya, kami sampai di trail pasir sebelum downhill.Dalam gambar ni, anda boleh nampak Abg Hafiz Shah , 
Abg ShahidAbang Mazuan dan Abang Reza.




















































Di hadapan, Anda boleh nampak geng2 Giant.Abg Dzul, Abg Reza dan Abg Golok.Diorang bertiga yang memakai Giant Full sus dalam group kami.Abg Dzul dan Abg Golok sama2 memakai Anthem manakala Abg Reza pula mengguna Trance.Gambar di atas ialah di point turun downhill.


























Memecut dengan laju di Bamboo trail :)


























Pro rider dalam DUKECT.Dan juga sifu aku. :) Terima kasih Abang Hasan.




















































Bukti yang kita berada di trail Bamboo ini.Terima Kasih Abg Hasan untuk gambar ini!

























Turun dengan laju dan penuh excitement.Kepada anda yang tidak pernah lagi mencuba trail Kemensah ini,saya suggest baik cuba trail ini kerana ia merupakan trail yang begitu menyeronokkan.Terima kasih Abang Mazuan untuk gambar ini!  :)


























Bergambar di Bukit Bendera Kemensah sebelum pulang.

Posted by Izzuddin Helmi Sunday, January 23, 2011 0 comments READ FULL POST

Salam,

Semalam mengayuh bersama-sama Hasan and the gang ke Bukit Dinding,Wangsa Maju around 5pm.At the same time, aku terserempak bersama seorang member bernama Abg Kenny semasa mendaki Bukit tersebut.Jika anda tidak tahu dimana Bukit Dinding,click link orange dia atas.Atau rujuk kepada gambar ini.


Inilah gambar contoh daripada Google Maps.Dan terima kasih kepada Abg Hasan utk sketch trail Bukit Dinding ini.Mmg seronok berada di atas bersama-sama.



Masa tu, aku dan Bro Kenny sampai kat atas manakala Hasan dan lain2 dah turun semula ke CP1 untuk membuat loop kedua.Gambar diatas ini diambil oleh Bro Kenny.Terima kasih bro!



Akhirnya selepas 10 minit, Hasan sampai di atas manakala yang lain pula sampai 2 minit selepas Hasan.Kita bergambar sekejap, deflate tayar dan minum air sebelum turun di trail Bukit Dinding yang begitu menyeronokkan.
Setelah selesai kayuhan tersebut(tiada gambar trail.Nnt saya uploadkan later),kita lepak kat warung berdekatan AU3.Pada masa yang sama juga hujan turun dengan lebatnya.Aku akan panjat Bukit Dinding ini setiap hari sehingga masuk ke Universiti.

Posted by Izzuddin Helmi Saturday, January 22, 2011 0 comments READ FULL POST

Selamat datang ke blog terkini saya iaitu Medisisme.Medisisme dalam bahasa Inggeris ialah Me This is Me.Blog ini dicipta untuk menceritakan segala hidup sukan dan aktiviti yang saya lakukan.Kepada semua pembaca dan yang melawat blog ini,saya mengucapkan selamat datang dan semoga berseronok membaca blog ini.Komenlah atau kongsi gambar ini dengan semua.Blog ini juga terdapat dalam bahasa Inggeris

Posted by Izzuddin Helmi 0 comments READ FULL POST